Monday, 20 May 2013

RAHSIA KEAJAIBAN BULAN REJAB @ KELEBIHANNYA


SEJARAH BULAN REJAB

~Introduksi bagi bulan rejab ini dimulakan dgn sejarahnya~
REJAB secara bahasa diambil dari kata  Rojaba ar-rajulu rajaban, ertinya mengagungkan @ memuliakan. Rejab adalah bulan yg ke-7 dlm kalendar islam. Dinamakan dgn Rejab disebabkan kaum Quraisy sgt mengagungkannya pada zaman Jahiliyah, iaitu dgn tidak menghalalkan perang di bulan tersebut.

1.       Bulan Haram
2.       Bulan dukacita

BULAN HARAM

Bulan Rejab disebut di dalam Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T yg bermaksud:

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapn) agama yg lurus, maka jgnlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg empat itu.”
(At-Taubah:36)

Imam At-thabari berkata: “Bulan itu ada dua belas. Empat di antaranya merupakan bulan haram (mulia), di mana orang2 Jahiliyah mengagungkan dan memuliakannya. Mereka mengharamkan peperangan pada bulan tersebut,hingga seandainya ada seseorang bertemu dgn pembunuh bapanya , dia tidak akan menyerangnya.
Keempat bulan itu adalah Rejab dan tiga bulan berurutan: Zulqaedah, Zulhijah, dan Muharam. Demikianlah yg dinyatakan dlm hadis2 Rasulullah s.a.w. Iman Bukhari meriwayatkan dlm sahihnya dari Abu Bakrah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Diantaranya terdapat empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulqaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yg terletak antara Jamadil(akhir) dan Sya’aban.”

Di antara dalil2 yg menunjukan bahawa bulan Rejab sgt diagungkan oleh manusia pada masa Jahiliyah adalah riwayat Ibnu Abi Syaibah dlm Al-Mushannaf dari Kharasyah bin Hurr, dia berkata:

“Aku melihat Umar memukul tgn2 manusia pada bulan Rejab agar mereka meletakkan tgn mereka di piring. Kemudian Umar mengatakan: “Makanlah kalian, kerana sesungguhnya Rejab adalah bulan yg diagungkan oleh org2 Jahiliyah.”  (Jami’ul Bayan,10/124-125)



BULAN DUKACITA


Rejab turut mencatat sejarah duka bagi Nabi Muhammad s.a.w. Pada Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan baginda, Nabi Muhammad s.a.w. berada dipuncak kesedihan. baginda menghadapi dua musibah berturut-turut, iaitu kehilangan dua insan yg sgt berjasa dan dikasihi, yg pergi buat selama-lamanya menghadap ilahi.

Peristiwa itu adalah kematian Siti Khadijah r.a., isterinya. Tidak lama kemudian menyusul pula bapa saudaranya, Abu Talib. Tahun itu adalah merupakan 'tahun dukacita' bagi Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja kehilangan seorang isteri yg menumpahkan taat setia, kasih sayang, ketabahan luar biasa, malah  Siti Khadijah menjadi sumber inspirasi dlm perjuangan baginda.

Sebagai insan berharta, Siri Khadijah menyumbangkan semua harta miliknya dgn penuh ikhlas dan rela, demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah s.a.w. dlm usaha menegakkan risalah islamiah. Sokongan Siti Khadijah juga meringankan beban berat yg dipikul Nabi Muhammad s.a.w. Ia turut mengubat kedukaan baginda hingga mendapat kekuatan dan semangat untuk mengembangkan Islam. Siti Khadijah byk berkorban dan memberi sokongan harta dan jiwa raganya dlm usaha perkembangan Islam.

Demikian juga hal kematian Abu Talib, bapa saudaranya yg bermati-matian membela dan melindungi-Nya drpd ancaman org kafir Quraisy. Lantaran Abu Talib tergolong dlm org yg disegani di kalangan bangsa Arab, menyebabkan org kafir Quraisy tidak berani mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. secara terang terangan. Setelah Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, mereka tidak lagi segan2 mengganggu, mengejek serta mengancam Rasullullah s.a.w.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. berasa ruang utk pergerakan  dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan umat Islam tidak lagi terjamin, Rasulullah s.a.w. memutuskan utk ke Taif. Rasulullah berharap penduduk disana akan menerima seruan baginda sekaligus membantu perjuangannya. Bagaimanapun, diluar dugaan, penduduk Taif bukan sahaja tidak mahu memberi perlindungan malahan baginda menerima pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan.

Rasulullah s.a.w. kembali ke Makkah dgn perasaan hampa. Betapa beratnya penderitaan yg diterima oleh baginda ketika itu. Dalam keadaan seperti itu, utk meningkatkan iman Rasulullah s.a.w., maka Allah S.W.T. memerintahkan Jibril a.s. agar Rasulullah s.a.w. melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa yg menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan baginda.

Israk Mikraj adalah peristiwa yg amat besar dan luar biasa yg dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dianggap sbg satu penganugerahan yg amat tinggi nilainya daru segi kerohanian.

akan bersambung................................






Sunday, 12 May 2013

KASIH NABI TERHADAP KAUMNYA~


                                                      ASSALAMUALAIKUM


okay now this post entitled :

      KASIH NABI MUHAMMAD TERHADAP UMATNYA

"AKU TIDAK DIUTUSKAN UNTUK MENGUTUK,TETAPI AKU DIUTUSKAN SEBAGAI PEMBAWA RAHMAT,YA ALLAH TUNJUKKANLAH,SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK MENGETAHUI."   - (hadis Riwayat Muslim)



  •   Nabi Muhammad amat bersabar dalam kehidupannya.
  • Walaupun dibaling batu,dicerca,dihina namun Nabi masih mendoakan kebaikan untuk orang yang berbuat jahat kepadanya =).Subhanallah.
  • Sayang betul Nabi kepada kita,tapi bagaimana pula perasaan kita terhadap Nabi?
  • Adakah kita ikut segala suruhan Nabi?
  • Malangnya pada zaman sekarang umat islam saling bertelingkah,berpecah belah hanya untuk kepentingan peribadi mereka sendiri ='( .
  • Jika Nabi Muhammad masih ada disini,dapatkah kita bayangkan perasaanya?
  • Betapa sedihnya Baginda melihat umat islam berpecah belah.
  • Jadi,saya ingin menyeru kepada saudara seislam saya,ingatlah pesan Rasulullah
  • Jangan lah kamu berpuak puak dan saling memfitnah di antara kamu.




                         p/s : RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ^^,




 

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ^^,

                                                ~ASSALAMUALAIKUM SAHABAT~

  Setelah sekian lama blog ini tidak disentuh,sudah berhabuk rupanya akhirnya ada juga kesempatan hari ini untuk di perbaharui isi-isinya =) . Tajuk post yg terbaru ini seperti yg dilihat diatas (silabacasendiri) telah saya pilih bertujuan utk saya berkongsi sedikit ilmu yg tidak seberapa ini .

  Okay,post selepas ini agak berbeza sebab ada byk sub topic yg akan dikongsikan sekadar ringkas inshaAllah dan byk improvement akan dilakukan =).

RENUNG-RENUNGKAN.............

1) ALLAH MALU

  • "Sesungguhnya Allah Taala itu hidup lagi mulia.Ia berasa malu apabila seseorang itu mengangkat kedua-dua belah tangan kepada-Nya lalu ia menolaknyamdlm keadaan kosong dan kecewa kedua-duanya." (hadis Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)
  • Hadis diatas menerangkan tentang sifat Allah yg maha penyayang dan pengampun sehinggakan Allah malu untuk menolak doa hamba-hambanya jika Allah tidak memperkenankannya.
  • Sungguh sayang Allah yg mncipta kita hambanya.
  • Sedangkan Allah merasa malu untuk menolak permohonan kita,adakah kita tidak malu utk menikmati nikmat yg Allah telah berikan tanpa patuh kepada perintahnya?
  • Tepuk dada,tanyalah iman kita.
  • Jadi sahabat2 sekalian,apa lagi yg kita tunggu? Marilah bersama-sama kita berdo'a kepada Allah dgn seikhlasnya.
  • Jangan lupa ikut syarat2 dan adab2 berdo'a kwn-kwn =). Antaranya adalah :
  • -mengangkat kedua-dua belah tgn dgn.
  • -pada hari juma'at
  • -ketika Qiamullail
  • -semasa hujan turun
  • -teraniaya
  • -di hadapan Ka'bah
p/s: JANGAN DOA SAHAJA,USAHA ITU JUGA PERLU ^^,  

DAN SELAMAT BERAMAL ......

Friday, 22 March 2013

Gaza Tonight =') (The Awaken Of Gaza)

      Cannot Be Prove By Words : JUST SEE BY YOURSELF :'(




Didnt Afraid Of Anything 



Hope To Be Amongst Them


Jihad Always Be Their Strength




Bombed Everywhere


Only Those Things Can be Their Shields





How Could Wee See This???






PLEASE ASK OURSELF WHAT HAD WE ALREADY DID FOR THEM 

#please pray for gaza in every single of our do'a after solah ='(
      

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA =)

ASSALAMUALAIKUM............
  YA ALLAH...
Hanya pada-MU kuhadapkan keampunan

   Untuk memohon Keampunan
        
       Untuk mencari segenggam rahmat
            
            Untuk memanduku menuju iman

                 YA ALLAH 


Keampunan-MU amat kudambakan

    Bukan aku tidak redha dengan ujian yang 

     menimpa

        Cuma pada-MU tempatku mengadu

           Sesungguhnya.......

           ENGKAUlah yang Maha Mengetahui(Assami'ul a'lim)


  • "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216)

>>> Mafhum surah di atas ini amat bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Ramai di antara kita manusia suka kepada seseuatu perkara tanpa memikirkan tentang akibat baik atau buruk di hari yang mendatang.

>>> Sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal yang sihat,kita patut meggunakannya dengan sebaik yang mungkin,jauhilah perkara-perkara yang hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Sesungguhnya orang yang beriman itu akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu atau dalam berkata-kata.

>>> Banyak kekhilafan yang telah kita lakukan sebelum ini. Jadi dengan nikmat dan peluang yang masih Allah S.W.T kurniakan..Gunalah dengan sebaik-baiknya =) .

InshaAllah,moga post kali ini mendatangkan maanfaat dan peringatan kepada rakan-rakan 

#manusiayangbanyakmelakukandosa




Hindarilah aku dari kejahatan YA ALLAH



Monday, 11 February 2013

Last Day After Short Mid Sem Break :)



Assalamualaikum.


>> Today is the last day of the second midsem break, =O... Actually nak kate lama xde la lama mna dok rumah, Tapi mmg rase nk balek kolej nak sembang ngn kwn2. Itu lah perasaan sume students actually before abes cuti. *for sure ..hahahaa

 
 >> Dah nak abes cuti ni laa baru rasa kerja kat kolej belambak lagi. Tapi masih lagi berpegang dgn prinsip *Bila cuti,cutila sepuas puasnya, bila belajar,belajar la sesungguh sungguhnye, bila main,main la besungguh aungguh =D.
                                       
                                      #It is not us,it is all plan by the ALMIGHTY

 


 >>Hmm rasa bersalah jugak cuti ni sebab xtlg ayah meracun kat kebun =(. Bukan xnak,tapi masa cuti ni singkat sgt, n aku dah set dah lpas abes matrik ni aku nk tlg la ayah aku meracun sebab masa tu pnjg lagi,, InshaAllah ....=')


>> Rasa puas jugak duduk rumah,so after this back to college,reset my mind to concentrate in my studies with my fren Amirsuffian,Ayie n Shahrul. Dorg suma pndai2, so inshaAllah dgn belajar skli dgn dorg bole naikkan sikit pointer. Hope that results for my UPS is good ,juz to make me feel confident n try harder for the final examination. really2 hope that i will make my parents proud of me . Pray for me guys n i will also pray for u all who read this .

>> Rasenye tu je kot utk last day dekat rumah ni, InshaAllah blog ni akan mnjadi tmpat yg bermanfaat utk aku dan org laen yg mmbacanya di lain post . *xde bhn lagi nk buat* -,-'

        Till then ,meet again later . Assalamualaikum =)

Saturday, 9 February 2013

Juz a few days MOre back To matriks

   

 ASSALAMUALAIKUM.

       Hari ni hari ahad,.,., lusa hari selasa.,. rasa cuti ni sekejap je,,,hmmm. Tapi xpelah sebab duduk kt mtrik tuh xlaa teruk sgt..best jgakk. Harini sbnrnye mls nk tulis. byk lagi x explore dekat blog nih,,nase baek ade mmber yg bole tlg cket2...hhahahah.thnx guyzzz.

     Balek hari selasa, adik lelaki aku yg form 4 tuh dapat tawaran ke MRSM Kuala Berang n daftar hari rabu. Rasa macam nk extend je cuti nak g hantar dye. Lagi satu sebab x prnah pergi Terengganu -,-'. Stress jugak . Masuk adik aku yg nih  da ade 3 org adek beradik aku kat Terengganu tuh, InshaAllah nnty kalau ade kesempatan boleh la pergi Terengganu tu.
     
                                       
         ~tu adek aku yg no3 berdiri dari kiri(laen dari aku sbb dye cerah). Johan nasyid daerah n 3 negeri.

    Rasanya cukupla kot setakat nih utk post yg ke 2 aku.  I think that the next post will be more bermanfaat utk org laen sebab blog jgak salah satu medium da'wah. Tade kelebihan utk bersyarah di hadapan org ramai seperti ayah aku. I really hope that i can be like him one day . May Allah make it ease.


~ NI SITI NUR SHAQILAH aka BOBONG. dy cucu kesayangan ayah aku. COmey sgt, N baru2 ni mjlis cukur adek dy,Rizqi nnty akan di update pasal RIZqi pulak,,hehehe,,