Monday, 20 May 2013

RAHSIA KEAJAIBAN BULAN REJAB @ KELEBIHANNYA


SEJARAH BULAN REJAB

~Introduksi bagi bulan rejab ini dimulakan dgn sejarahnya~
REJAB secara bahasa diambil dari kata  Rojaba ar-rajulu rajaban, ertinya mengagungkan @ memuliakan. Rejab adalah bulan yg ke-7 dlm kalendar islam. Dinamakan dgn Rejab disebabkan kaum Quraisy sgt mengagungkannya pada zaman Jahiliyah, iaitu dgn tidak menghalalkan perang di bulan tersebut.

1.       Bulan Haram
2.       Bulan dukacita

BULAN HARAM

Bulan Rejab disebut di dalam Al-Quran menerusi firman Allah S.W.T yg bermaksud:

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapn) agama yg lurus, maka jgnlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg empat itu.”
(At-Taubah:36)

Imam At-thabari berkata: “Bulan itu ada dua belas. Empat di antaranya merupakan bulan haram (mulia), di mana orang2 Jahiliyah mengagungkan dan memuliakannya. Mereka mengharamkan peperangan pada bulan tersebut,hingga seandainya ada seseorang bertemu dgn pembunuh bapanya , dia tidak akan menyerangnya.
Keempat bulan itu adalah Rejab dan tiga bulan berurutan: Zulqaedah, Zulhijah, dan Muharam. Demikianlah yg dinyatakan dlm hadis2 Rasulullah s.a.w. Iman Bukhari meriwayatkan dlm sahihnya dari Abu Bakrah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Diantaranya terdapat empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulqaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yg terletak antara Jamadil(akhir) dan Sya’aban.”

Di antara dalil2 yg menunjukan bahawa bulan Rejab sgt diagungkan oleh manusia pada masa Jahiliyah adalah riwayat Ibnu Abi Syaibah dlm Al-Mushannaf dari Kharasyah bin Hurr, dia berkata:

“Aku melihat Umar memukul tgn2 manusia pada bulan Rejab agar mereka meletakkan tgn mereka di piring. Kemudian Umar mengatakan: “Makanlah kalian, kerana sesungguhnya Rejab adalah bulan yg diagungkan oleh org2 Jahiliyah.”  (Jami’ul Bayan,10/124-125)



BULAN DUKACITA


Rejab turut mencatat sejarah duka bagi Nabi Muhammad s.a.w. Pada Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan baginda, Nabi Muhammad s.a.w. berada dipuncak kesedihan. baginda menghadapi dua musibah berturut-turut, iaitu kehilangan dua insan yg sgt berjasa dan dikasihi, yg pergi buat selama-lamanya menghadap ilahi.

Peristiwa itu adalah kematian Siti Khadijah r.a., isterinya. Tidak lama kemudian menyusul pula bapa saudaranya, Abu Talib. Tahun itu adalah merupakan 'tahun dukacita' bagi Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja kehilangan seorang isteri yg menumpahkan taat setia, kasih sayang, ketabahan luar biasa, malah  Siti Khadijah menjadi sumber inspirasi dlm perjuangan baginda.

Sebagai insan berharta, Siri Khadijah menyumbangkan semua harta miliknya dgn penuh ikhlas dan rela, demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah s.a.w. dlm usaha menegakkan risalah islamiah. Sokongan Siti Khadijah juga meringankan beban berat yg dipikul Nabi Muhammad s.a.w. Ia turut mengubat kedukaan baginda hingga mendapat kekuatan dan semangat untuk mengembangkan Islam. Siti Khadijah byk berkorban dan memberi sokongan harta dan jiwa raganya dlm usaha perkembangan Islam.

Demikian juga hal kematian Abu Talib, bapa saudaranya yg bermati-matian membela dan melindungi-Nya drpd ancaman org kafir Quraisy. Lantaran Abu Talib tergolong dlm org yg disegani di kalangan bangsa Arab, menyebabkan org kafir Quraisy tidak berani mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. secara terang terangan. Setelah Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, mereka tidak lagi segan2 mengganggu, mengejek serta mengancam Rasullullah s.a.w.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. berasa ruang utk pergerakan  dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan umat Islam tidak lagi terjamin, Rasulullah s.a.w. memutuskan utk ke Taif. Rasulullah berharap penduduk disana akan menerima seruan baginda sekaligus membantu perjuangannya. Bagaimanapun, diluar dugaan, penduduk Taif bukan sahaja tidak mahu memberi perlindungan malahan baginda menerima pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan.

Rasulullah s.a.w. kembali ke Makkah dgn perasaan hampa. Betapa beratnya penderitaan yg diterima oleh baginda ketika itu. Dalam keadaan seperti itu, utk meningkatkan iman Rasulullah s.a.w., maka Allah S.W.T. memerintahkan Jibril a.s. agar Rasulullah s.a.w. melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa yg menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan baginda.

Israk Mikraj adalah peristiwa yg amat besar dan luar biasa yg dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dianggap sbg satu penganugerahan yg amat tinggi nilainya daru segi kerohanian.

akan bersambung................................






No comments: